Rabu, 3 Disember 2008

memang kita tak nafikan seringkali ketika berkomunikasi sesama manusia kita melakukan kesilapan yang tanpa kita sedari akan menyakiti hati dan perasaan orang lain. Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia yang sementara ini. Saya seorang yang tak kisah orang nak buat dengan saya kerana saya tahu manusia tersebut akan pembalasan daripada Allah S.W.T. Saya tetap akan buat kebaikan pada dia selagi dia tidak melukai diri saya. Sekiranya orang buat jahat kat saya, saya akan buat lebih baik daripada itu kerana saya tahu Allah itu Maha Mengetahui. Ingat Selagi kita mengingatiNya maka Allah akan sentiasa bersama kita. Pandanglah ke langit dan senyumlah dan pandanglah dengan hati yang penuh ikhlas dan kehambaan.