Isnin, 12 Januari 2009

Maal Hijrah 1430H

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H kepada para pembaca yang dikasihi. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah ini adalah lebih baik kita membicaakan tentang beberapa perkara penting yang akan meningkatkan keimanan kita kepda Allah S.W.T. Sebagai umat Islam yang sejati adalah lebih baik kita membicarakan tentang fadhilat bulan-bulan Islam. Muharam sebagai contohnya merupakan bulan dimana Allah telah mengharamkan umat Islam berperang. Selain itu di dalam bulan inilah Nabi Adam dijadikan. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Antara Peristiwa lain yang penting adalah seperti berikut:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
4. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
5. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
6. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
7. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
8. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
9. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
10. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
11. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
12. Hari pertama Allah menciptakan alam.
13. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
14. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
15. Allah menjadikan 'Arasy.
16. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
17. Allah menjadikan alam. Allah menjadikan Malaikat Jibril

Di sini saya hanya memperkenalkan bulan Muharam sahaja dan saya akan berbicara lagi bulan depan iaitu bulan Safar. Insya Allah