Ahad, 3 Januari 2010

Bahaya Menghafal Di Saat Akhir

Sebelum memasuki dewan peperiksaan, pasti anda pernah lihat kawan-kawan anda sibuk membuka buku dan cuba menghafal fakta-fakta pelajaran kan? Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Ada bahayanya jika anda lakukan perkara ini. Ini kerana, sebelum memasuki dewan peperiksaan, anda lebih mudah panik. Katakan anda cuba menghafal sesuatu dan gagal menghafalnya, anda akan masuk dewan peperiksaan dengan perasaan sangat gementar kerana tidak menghafal fakta tadi. Ini mula mengganggu konsentrasi ingatan anda terhadap fakta-fakta lain.

Akhirnya, fakta yang anda tidak sempat hafal tadi mungkin tidak keluar langsung dalam soalan, tetapi disebabkannya, anda lupa fakta lain yang anda telah hafal sebelum ini. Ini semua disebabkan rasa panik dan gementar sebelum memasuki dewan peperiksaan tadi. Jadi, berbaloikah anda membuka dan menghafal nota disaat-saat akhir di luar dewan peperiksaan tadi?

Jumaat, 1 Januari 2010

Azam Baru.

Sebagai hambaNya yang lemah, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan samada yang nyata atau tersembunyi (sedar atau bawah sedar), maka demikian adalah digalakkan hambaNya untuk sentiasa beristighfar agar diampuni setiap dosa kecil mahupun besar..sempena menyambut tahun baru masihi ini, adalah digalakkan hambaNya untuk bermuhasabah untuk mencari kelemahan diri dan berazam untuk memperbaikinya. Selain itu, sebagai hambaNya, kita hendaklah sentiasa mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T sebelum ajal datang kepada kita. Teringat saya dengan kata-kata pujangga yang mengatakan bahawa yang paling dekat itu adalah mati dan yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu meninggalkan kita. Di samping itu, adalah turut digalakkan hambaNya untuk menyediakan diri dengan kelengkapan rohani dan jasmani bagi meniti cabaran yang tidak berkesudahan ini. Sesungguhnya kita manusia tidak akan mengetahui apa yang akan terjadi kepada kita pada masa hadapan..entah esok atau lusa kita akan mati dan ketika inilah kita tertanya adakah aku sudah bersedia menemui Tuhanku Yang Maha Esa..Sekian saja nukilan saya. Sebelum mengakhiri warkah elektronik ini, saya dengan kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010...Wasalam