Selasa, 22 Mac 2011

Nilai Ilmu

Kepada mereka yang mencintai ilmu dan juga mereka yang masih sangsi atau keliru antara ilmu dan harta. Kenyataan ini adlah dipetik dari buku mengenai Khalifah Ali bin Abi Talib yang didatangi oleh beberapa golongan yang cuba untuk mebguji kebijaksaan beliau yang mengikut sabda Rasullulah S.A.W "Rasullulah S.A.W adalah kota ilmu dan Ali bin Abi Talib adalah pintunya. Lelaki pertama berkata" wahai Ali yang manakah yang lebih baik, ilmu atau harta?". Jawab Ali bin Abi Talib " sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta. Lelaki pertama tadi bertanya semula " apa dlilinya, wahai Ali?". Jawab Ali bin Abi Talib " Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan khazanah para nabi dan rasulNya dan harta itu adalah warisan Qarun, Firaun, Syahddad dan lain-lain". Berdasarkan petikan tersebut, maka terbuktilah bahawa Islam amat mementingkan nilai ilmu sebagai pengerak dan cahaya penyuluh kepada manusia agar keluar dari kegelapan dan kejahilan. Semua ilmu itu adalah suci dan murni yang mencemarkannya adalah orang yang memepelajarinya samada ke arah kebaikan atau keburukan. Ilmu yang diberkati adalah ilmu yang dipelajari dan diamalkan akan menambah rasa takwa dalam diri hambaNya dan dengan itu menjadikan hambaNya semakin dekat dengan Allah S.W.T yang Maha Bijaksana pada tiap-tiap sesuatu itu. Sekiranya ilmu ini berlandaskan hawa nafus semata-mata maka diumpamakan seseorang itu melakukan kerja yang sia-sia tanpa mendapat sebarang hasil daripada ilmu yang dipelajari. Setiap ilmu yang dianugerahkan olehNya adalah untuk hambaNya berfikir tentang kebesaran dan kekusaaan Allah S.W.T dan agar hambaNya sentiasa bersyukur mahupun ilmu yang dipelaajri sedikit sahaja. Mana mungkin seseorang itu mampu untuk mengerjakan malan fardhu jika tidak belaajr dahulu bagaimana untuk bersolat secara sempurna. Walau bagaimana pun, dunia masakini seolah-olah dibuai keduniaan dan melihat nilai ilmu itu untuk mendapatkan kemewahan dan berakhir dengan kemaksiatan. Maka ketika inilah nilai ilmu yang dianugerahkan hilang rasa seri dan manisnya. Golongan ilmuwan masakini perlu memainkan peranan penting untuk membudayakan ilmu itu sebagai satu bentuk bekalan untuk ke akhirat sana dengan mengajarkannya dengan rasa pneuh ikhlas tanpa mebgharapkan apa-apa ganjaran keduniaan semata-mata. Maka sebagai orang Islam yang berilmu dan beriman, hendaklah kita sentiasa berniat di dalam hati yang ilmu yang kita pelajari sebenarnya bukan datang dari sesiapa tetapi ianya adalah anugerah teristimewa dari Allah S.W.T..

Tiada ulasan: