Jumaat, 10 Oktober 2008

Bacalah Al Quran dan fahami Isinya

Al Quran merupakan mukjizat terbesar Rasullulah S.A.W. Al Quran merupakan kitab pedoman yang diturunkan melalui malaikat Jibrail a.s kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W selain daripada As Sunnah. Dengan mengamalkan kedua-dua pedoman ini dalam kehidupan seharian, maka manusia akan selamat dunia dan akhirat. Tidak cukup membaca Al Quran, seseorang muslim hendaklah menghayati segala isi kandungannya dan mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Al Quran berdasarkan hadis tertentu dapat menjadi pelindung kepada diri kita terutamanya ketika di padang Mashyar di mana kita dikumpulkan untuk dihisab. Al Quran itu dapat membentuk akidah dan akhlak yang cemerlang sekaligus dapat membentuk umat Islam yang bersatupadu. Al Quran juga dapat melindungi diri kita dari godaaan, gangguan dan hasutan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia ke lembah kehinaan. Oleh yang demimian marilah kita menghabiskan masa kita dengan mendalami kemanisan Al Quran yang tiada tolok bandingannya.

Selasa, 7 Oktober 2008

Larangan Menghina Makanan dan Minuman

Seringkali ketika kita menghadap rezeki, kita menghina makanan dan minuman dan mengatakannya tidak sedap dan sebagainya. Perlulah kita sedari bahawa dari mana datangnya rezeki yang diberikan kepada kita? Jika betul makanan dan minuman itu tidak sedap berdiam lah dan katakan sesungguhnya aku bersyukur terhadap rezeki yang Allah kurniakan. Kiranya jika makanan dan minuman tersebut kita tidak gemar memakannya cukuplah dengan tidak menyentuh langsung makanan dan minuman tersebut melainkan tuan rumah atau orang mempelawanya (menjaga perasaan orang tersebut). Makanan dan minuman yang tidak dimulai dengan doa ketika makan dan minum seolah-olah diumpamakan makan semeja dengan syaitan yang terlaknat. Kita perlulah sentiasa mengunakan akal ketika memilih makanan dan bukanlah mengikut hawa nafsu sahaja untuk mengelakkan dari diserang penyakit. Rasullulah s.a.w bersabda bahwasanya punca segala penyakit kebanyakannya datang dari perut, maka berhentilah makan sebelum merasa kenyang. (sekadar menahan rasa lapar). Ingat bahawa kita makan untuk sihat bukan untuk memuaskan hawa nafsu. Jadi pilihlah makanan yang halal dan suci lagi bersih. Ikutlah sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Hulurlah makanan dan minuman dahulu di sebelah kanan barulah di sebelah kiri.

Ahad, 5 Oktober 2008

Pengertian Hari Raya Aidil Fitri

Aidil Fitri bermaksud kembali ke fitrah di mana roh yang dibersihkan ketika bulan ramadahn kemudiannya kembali ke jasadnya yang asal. hari raya adalah hari kemenangan hambaNya yang bersabar menempuh segala cubaan dan dugaan nafsu. Hari raya bukanlah hari untuk kita membebaslkan nafsu kita dan membiarkanya bermaharajalela kembali dan ia bukan hari kemerdekaan kerana syaitan menganggap tamatnya bulan Ramadhan adalah hari kebebasan bagi syaitan yang terlaknat. Bagaimana kita menentukan samada amalan ibadat kita di bulan puasa diterima?jawapannya kita lihat diri kita selepas bulan Ramdahan. adakah kiita masih jahil seperti dulu atau kita berubah kepada yang lebih baik dari sebelumnya? Hakikatnya kita sendiri yang dapat menilai untung nasib sendiri. Oleh yang demikian, jauhilah diri anda dari sifat-sifat mazmumah seperti mengumpat, membuat maksiat, membazir, memalukan orang lain, riak dan takabur dan sebagainya yang boleh melupai kita mengingati Allah s.w.t. Antara hari kemenangan umat Nabi Muhammad s.a.w ialah ketika mati dengan Khusnul Khatimah, ketika kita berjaya melintas titian Siratul Mustakim, ketika kita berjaya dihisab dengan hisabNya, ketika kita dapat berteduh di bawah panji-panji kemenangan di padang mashyar, ketika kita berjaya mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w, ketika kita berjaya bertemu dengan yang Maha Esa, Allah s.w.t..