Selasa, 16 September 2008

Antara Akal dan Nafsu

Jika kita memilih pasangan gunalah akal jangan guna nafsu
Jika kita makan gunalah akal jangan guna nafsu
Jika kita berhibur gunalah akal jangan guna nafsu
Jika kita beribadat gunalah akal jangan guna nafsu
Jika kita ingin berbelanja gunalah akal jangan guna nafsu

kerana guna nafsu pilih pasangan, maksiat
kerana guna nafsu untuk makan, penyakit
kerana guna nafsu untuk berhibur, sia-sia
kerana guna nafsu untuk beribadat, riak
kerana guna nafsu untuk berbelanja, membazir / miskin

Oleh itu guna akal untuk kahwin, cinta sejati
Oleh itu guna akal untuk makan, kesihatan tubuh
Oleh itu guna akal untuk berhibur, ketenangan dan pengajaran
Oleh itu guna akal untuk beribadat, rendah diri
Oleh itu guna akal untuk berbelanja, kaya

Isnin, 15 September 2008

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." (Petikan dari Laman Teladan)

Ahad, 14 September 2008

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. (petikan dari Laman Teladan)
TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS
KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
Cinta Allah Cinta Hakiki dan Cinta Rasulullah S.A.W Cinta Sejati

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18).

Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu. Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa).

Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua.

Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat

Zikrullah

Assalamuailaikum warahmatullahir Wabarakatuh semua, berjumpa lagi kita semua. Syukur Alhamdulilah (Segala pujian bagi Allah S.W.T) kerana dengan kehendakNya kita masih lagi bersua dan berkasih sayang sesama kita. Pada minggu ini, ingin saya kupas beberapa isi penting yang bersangkutpaut dengan zikrullah. Daripada Muaaz, sesama aku berpisah dengan Nabi Muhammad S.A.W dan daku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Allah. Maka Nabi Muhammad S.A.W bersabda "basahilah lidahmu dengan membaca zikrullah".

Zikir berarti 'mengingat'. Salah satu teknik berzikir adalah dengan membaca susunan ayat-ayat / doa doa tertentu secara teratur. Dalam tulisan ini dibahas berbagai macam zikir.

Menurut sumber zikir, ada beberapa macam cara umat Islam berzikir:
Zikir dari bacaan yang dipilih-pilih sendiri
Zikir dari seorang guru / pejuang yang menyusun suatu amalan zikir untuk murid-muridnya atau untuk pengikutnya
Zikir tarekat sufi yang diijazahkan / didiktekan oleh Rasulullah s.a.w ke seorang pemimpin tarekat.

Oleh yang demikian, zikir ini bukan sekdara berkumat-kamit dan mengetel tasbih sahaja, tapi hendaklah diiringi dengan rasa syukur, insaf dan cintakan kepada Allah S.W.T. Zikir juga adalah cara untuk kita membersihkan hati kita daripada sebarang kekotoran yang menyesatkan.

Jadi bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, berbanyaknya mengamalkan ibadah sunat dan berzikrullah untuk memohon keampunan, keberkatan dan kerahmatan Allah.S.W.T sesungguhnya Allah S.W.T amat menyukai hambaNya yang meminta-minta kepada Nya.

Rabu, 10 September 2008

Dugaan Berpuasa

Puasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa seperti berjimak dan sebagainya. Puasa seseorang itu tidak akan diterima olehNya sekiranya hamba Nya melanggarkan perintahNya ketika di bulan Ramadhan Al Mubarak. Namun begitu, kita sebagai manusia tidak akan lepas dari melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kita alpa terhadap tanggungjawab kita sebagai umat islam. Kadangkala kita terbiasa mengumpat dalam bulan selain bulan ramadhan sehingga kita terlupa tentang kesannya terhadap puasa kita. Pendek kata, bulan Ramadahan adalah bulan di mana kita melatih diri kita untuk melakukan sesuatu yang kita tidak biasa buat. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Oleh yang demikian, kita hendaklah banyak bersabar dan kental dalam menagkis segala perbuatan yang didorong oleh nafsu.

Selasa, 9 September 2008

Alunan Nasyid

Nasyid adalah salah satu jenis nyanyian yang cukup menghiburkan hati seseorang terutama dalam menempuhi cabaran dalam kehidupan. Nasyid turut menjadi salah satu dakwah yang menyedarkan insan betapa Islam itu indah. Setiap patah perkataan yang dinyanyikan cukup menginsafkan sehingga mampu menyebabkan kita terasa tersentuh dan sebagainya. Lagu-lagu seperti Syukur, Iman Mutiara, Sepohon Kayu dan lagu lain yang dibawa oleh kumpulan nasyid tanahair jika dihayati pasti akan membuat seseorang sedar bahawa betapa manusia itu hamba yang kerdil yang tidak empunya apa-apa. Selain itu, hiburan sebeginilah yang harus didengari oleh seseorang yang bergelar muslim bagi mengekalkan diri sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatan Nya. Kita sering disogokkan dengan lagu-lagu dari barat yang kadangkala mengunakan kata-kata yang berkemampuan memesongkan akidah dan akhlak umat islam. Jadi hiasilah hari-hari anda semua dengan lagu-lagu yang menjadikan diri anda sentiasa ingat dengan Allah S.W.T. Namun begitu, hendaklah diiringi dengan penghayatan yang mendalam di samping menginsafi bahawa kita hanya mahkluk Nya yang hidup sementara di alam fana ini. Lagu-lagu memuji Rasullullah S.A.W seperti Alangkah Indahnya, Cahaya Selawat dan sebagainya haruslah diperdengarkan lebih kerap di corong-corong radio agar dapat menyedarkan manusia supaya menjadikan Rasullulah S.A.W sebagai contoh dan teladan yang paling baik.

Nafas Hidayah

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah berkat hidayah dan petunjuk dari Illahi maka terbitlah hati nurani saya untuk melakarkan warkah alam maya ini untuk sisipan para pembaca sekalian. Kehidupan ini seumpama sebagai satu perjalanan jauh di mana sepanjang perjalanan itu pasti akan dugaan dan ujian dari Nya untuk menguji kesabaran makhluk Nya yang tidak sempurna ini. Perlu dihayati juga sebagai seorang khalifah di bumi kita perlulah perbanyakkan ibadat kita untuk menjadi persiapan kita di alam akhirat. Kita perlu memahami sedalam-dalamnya apa yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya (selawat ke atas junjungan Nabi). Oleh yang demikian, moga-moga kita sentiasa berada dalam keberkatan dan kerahmatan Allah S.W.T dan sentiasa ikhlas mentaati perintah Yang Maha Pencipta. Diharapkan melalui blog ini maka ia dapat menjadi wadah ilmu kepada mereka yang mengenali Allah S.W.T dan kekasihNya, Nabi Muhammad S.A.W di samping manjadi platfom untuk kita berdakwah menyeru mereka yang tidur bangun semula sujud kepada Nya