Ahad, 25 Julai 2010

Belia Islam

Belia sekarang harus mempertahankan kebenaran agama seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq, berani berjihad dan kuat seperti Saidina Umar Al Khattab, pemurah dan suka bersedekah ke jalan Allah S.W.T seperti Uthman bin Affan dan menuntut ilmu kerana Allah S.W.T seperti Saidina Ali bin Abi Talib = Pelapis Negara Islam. Belia kini harus belajar dari sejarah bagaimana belia Islam dahulu berjaya berkorban masa dan tenaga untuk memartabatkan peradaban Islam yang sentiasa berpaksikan Al Quran dan As Sunnah Rasullulah S.A.W. Setiap daripada belia Islam terdahulu melakukan sesautu kerana ingin meraih cahaya hidayah Ilahi yang amat menyukai pemuda dan pemudi yang rajin beramal untuk kebaikan orang lain. Lantas ada di antara mereka tidak kisah sekiranya mati dalam berjihad dan sebagainya. Ada di antara belia Islam terdahulu sanggup menghabiskan masa hidup mereka belajar Al Quran semata-mata agar Islam dapat dilestarikan untuk generasi masa depan.

Tiada ulasan: