Selasa, 9 September 2008

Alunan Nasyid

Nasyid adalah salah satu jenis nyanyian yang cukup menghiburkan hati seseorang terutama dalam menempuhi cabaran dalam kehidupan. Nasyid turut menjadi salah satu dakwah yang menyedarkan insan betapa Islam itu indah. Setiap patah perkataan yang dinyanyikan cukup menginsafkan sehingga mampu menyebabkan kita terasa tersentuh dan sebagainya. Lagu-lagu seperti Syukur, Iman Mutiara, Sepohon Kayu dan lagu lain yang dibawa oleh kumpulan nasyid tanahair jika dihayati pasti akan membuat seseorang sedar bahawa betapa manusia itu hamba yang kerdil yang tidak empunya apa-apa. Selain itu, hiburan sebeginilah yang harus didengari oleh seseorang yang bergelar muslim bagi mengekalkan diri sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatan Nya. Kita sering disogokkan dengan lagu-lagu dari barat yang kadangkala mengunakan kata-kata yang berkemampuan memesongkan akidah dan akhlak umat islam. Jadi hiasilah hari-hari anda semua dengan lagu-lagu yang menjadikan diri anda sentiasa ingat dengan Allah S.W.T. Namun begitu, hendaklah diiringi dengan penghayatan yang mendalam di samping menginsafi bahawa kita hanya mahkluk Nya yang hidup sementara di alam fana ini. Lagu-lagu memuji Rasullullah S.A.W seperti Alangkah Indahnya, Cahaya Selawat dan sebagainya haruslah diperdengarkan lebih kerap di corong-corong radio agar dapat menyedarkan manusia supaya menjadikan Rasullulah S.A.W sebagai contoh dan teladan yang paling baik.

Tiada ulasan: