Jumaat, 10 Oktober 2008

Bacalah Al Quran dan fahami Isinya

Al Quran merupakan mukjizat terbesar Rasullulah S.A.W. Al Quran merupakan kitab pedoman yang diturunkan melalui malaikat Jibrail a.s kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W selain daripada As Sunnah. Dengan mengamalkan kedua-dua pedoman ini dalam kehidupan seharian, maka manusia akan selamat dunia dan akhirat. Tidak cukup membaca Al Quran, seseorang muslim hendaklah menghayati segala isi kandungannya dan mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Al Quran berdasarkan hadis tertentu dapat menjadi pelindung kepada diri kita terutamanya ketika di padang Mashyar di mana kita dikumpulkan untuk dihisab. Al Quran itu dapat membentuk akidah dan akhlak yang cemerlang sekaligus dapat membentuk umat Islam yang bersatupadu. Al Quran juga dapat melindungi diri kita dari godaaan, gangguan dan hasutan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia ke lembah kehinaan. Oleh yang demimian marilah kita menghabiskan masa kita dengan mendalami kemanisan Al Quran yang tiada tolok bandingannya.

Tiada ulasan: