Selasa, 7 Oktober 2008

Larangan Menghina Makanan dan Minuman

Seringkali ketika kita menghadap rezeki, kita menghina makanan dan minuman dan mengatakannya tidak sedap dan sebagainya. Perlulah kita sedari bahawa dari mana datangnya rezeki yang diberikan kepada kita? Jika betul makanan dan minuman itu tidak sedap berdiam lah dan katakan sesungguhnya aku bersyukur terhadap rezeki yang Allah kurniakan. Kiranya jika makanan dan minuman tersebut kita tidak gemar memakannya cukuplah dengan tidak menyentuh langsung makanan dan minuman tersebut melainkan tuan rumah atau orang mempelawanya (menjaga perasaan orang tersebut). Makanan dan minuman yang tidak dimulai dengan doa ketika makan dan minum seolah-olah diumpamakan makan semeja dengan syaitan yang terlaknat. Kita perlulah sentiasa mengunakan akal ketika memilih makanan dan bukanlah mengikut hawa nafsu sahaja untuk mengelakkan dari diserang penyakit. Rasullulah s.a.w bersabda bahwasanya punca segala penyakit kebanyakannya datang dari perut, maka berhentilah makan sebelum merasa kenyang. (sekadar menahan rasa lapar). Ingat bahawa kita makan untuk sihat bukan untuk memuaskan hawa nafsu. Jadi pilihlah makanan yang halal dan suci lagi bersih. Ikutlah sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Hulurlah makanan dan minuman dahulu di sebelah kanan barulah di sebelah kiri.

Tiada ulasan: