Ahad, 16 November 2008

Tahukah anda bahawa belajar sambil mendengar lagu-lagu yang melalaikan kita dari mengingati Allah S.W.T itu tidak berkat? Ilmu itu adalah anugerah Ilahi..anpa ilmu, manusia akan hidup dalam kegelapan dan kesesatan. Jadi Allah S.W.T telah memerintahkan Malaikat Jibrail mengajar Nabi Muhamad S.A.W bagaimana untuk membaca Al Quran supaya isi kandunganya dapat menjadi contoh pedoman kepada manusia sekalian alam. Kita sebagai muslim adalah wajib menuntut ilu kerana ia adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dipelajari semata-mata kerana Allah bukannya untuk bermegah-megah, berlagak sombong dan sebagainya. Kita hendaklah sentiasa bersyukur terhadap segala ilmu yang kita pelajari samada ilmu duniawi atau ukrawi. Janganlah kita sudah pandai sdikit terus lupa dan ingkar ke atas perintahNya. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa memastikan segala yang kita pelajari diberkati olehNya dan jnganlah jadikan ilmu itu sia-sia sahaja. Sekian saja..dari saya. sekian terima kasih...

Tiada ulasan: